looking for??

Saturday, August 18, 2012

My BFF Engagement.. Nurul Aini Jalaludin Hassan

Assalamualaikum..

Wahhh.. rasa dah makin tua sebab baru nak hupdet cerita berkurun lamanya..

Sejak dapat kerja HR Executive dekat satu company ni.. memang tak jeling langsung blog ni..

Ni nak raya baru nak kemas sikit sawang2 kat blog ni.. Baru semengah nampak..

Ni nak cerita story my first BFF yang bertunang.. Dia antara paling awal antara semua geng2 aku..

Ini la Aini.. serius gojes macam umie aida okay.. dan dia adalah anak ke 5 kepada pelakon Jalaluddin Hassan.. :) Alaaa.. yang iklan beras tu.. "mak, ayah dah balik"..


Let me introduce dayang-dayang yang cun giler laaa termasuk aku.. weeee..yang tudung hijau tu laa aku.. *muntah*




Dan seperti biasa laa, bila anak artis kahwin or tunang ke.. mesti ada rakan artis lain datang..

Dato'Aziz Satar yang chomel.. *angkat kening*.. Aikk, berangan nak naik pelamin lagi ke? ehhe..

Dan juga abah kesayangan nya.. Uncle Jalal.. Sangat sporting habes habak hang..


P/S: Cepat cepat laa kahwin dear.. lagi grant agaknya.. 

Kepada u all yang nak tengok video tunang yang paling awesome kat malaysia.. Click this http://vimeo.com/46761900

Mesti korang rasa tak sabar nak tunang & kahwin lepas tengok..

Cepat cepat pergi click.. *melting* awwww..





Sunday, June 10, 2012

New Phone and New Tweet Tweet

Selamat Malam Kasih Selamat Malam Sayang.. Lalalla.. Nyanyi lagu Faizal Tahir..

Bercita2 tinggi nak jadi mentor Faizal Tahir ni.. Hancus..

Rasa nyer dah lama x update blog ni.. sumpah aku tau orang memang tak singgah blog aku pon kan.. hahha..

Aku baru beli phone baru uolllzz.. (nada angkuh).. harga x payah laa tanya yee..



Lagi satu aku baru register tweeter kooo.. aku ketinggalan 2 tahun kan kan.. hahaha..

MAAFKAN SAYAA (gaya zizan rajalawak).. sila laa follow my twitter yee "DylaZaman.. KBAIII...

Tuesday, February 28, 2012

Segmen: Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah



Assalamualaikum..
Hari ni ternampak laa satu belog yang buat segmen yang sangat best..
Jadi, aku cepat2 menaip segmen ni tanpa pandang kiri dan kanan.. aicehhh.. Kalau rasa nak join juga, click banner yang ala2 "Geng Bus Sekolah" tu..

Masa zaman sekolah rendah dulu, aku sangat laa nakal plus gedik melampau2..
Bila diingat balik rasa macam nak sorok je muka dalam peti ais..
Memang ada yang indah dan ada yang pahit..

Yang indahnya, masa zaman persekolahan dulu..
Aku aktif menyanyi dan menari di sekolah..
Bermula apabila aku menang pertandingan karaoke berduet bersama rakan kelas Ziana..
Lagu Memori Berkasih yang membuatkan aku menjadi artis dalam sekelip mata..
Sejak itu, aku selalu menyanyi di hari guru sekolah.. hehehe..
Lagu itu juga laa, lagu terakhir yang aku nyanyikan bersama sahabat baik iaitu Arwah Fikri Haziq..

Bila mengenang kembali detik itu..
Rutun sedih hati aku..
Dia pergi tanpa sebab..
Dia pergi tanpa kata..
Dan dia pergi tanpa pesan..
Seminggu sebelum arwah pergi..
Kami sama sama ke Petrosains untuk lawatan sambil belajar..
Dia sihat malah gembira..

Malam itu aku menerima panggilan dari ziana..
Dia menyapaikan berita yang membuatkan aku terdiam dan terkedu..

Ziana: Fikri Haziq dah meninggal petang tadi.

Aku: Ahhh.. Tipu laa kau.. Main main pulak.. aku baru je kol dier 2 hari lepas.. sehat je..

Ziana: Buat apa aku nak tipu.. Abang aku tolong uruskan jenazah tu..

Aku letak telefon dengan penuh rasa tanda tanya.
Selang beberapa minit, aku telefon rumah Fikri Haziq untuk kepastian.
Ternyata segala teka teki yang bermain di benak fikiranku terungkai jua..
Dia pergi disebabkan demam panas..
Dan yang lebih meruntun hati aku, abang arwah cakap, gambar aku ada dalam dompet arwah..

Sehingga kini aku sentiasa berdoa agar arwah tenang disana..
Walaupun dia telah tiada, tetapi nilai persahabatan tidak pernah hilang..
Hanya doa yang mengiringi persahabatan kami.. :(







Friday, February 24, 2012

22.02.2012 bukan hari yang baik!!

Assalamualaikum..Salam Jumaat..

22.02.2012 tarikh yang agak chantek.. hanya chantek pada angka.. tidak pada harinya..
Dugaan datang bertimpa timpa dalam hidup aku..
Namun aku tak kuat untuk menghadapi semuanya..
Aku lemah dan hanya mampu menangis sendiri..
Pagi hari, aku gagal dengan segagal2nya ujian JPJ..
Entah kenapa semua yang aku buat semua tidak kena..
Balik rumah je, tengok hamser yang paling aku sayang mati..
Aku gigihkan diri tanam hamster tu..
Siapa sangka hanya luaran sahaja aku nampak kuat..
Hakikatnya aku sangat lemah..

Malam sebelum kejadian, aku nampak hamster aku meronta ronta kesakitan..
Seperti saat nyawa dicabut..
Dalam hati aku berkata begini sakit kah apabila nyawa dicabut..
Tapi keesokkan hari, dia masih hidup tapi dalam keaadaan lemah..
Aku pelik, kenapa semalam dia meronta ronta..
Tetapi belum tiba waktu ajalnya..
Dalam solat aku berdoa supaya Allah ambil nyawanya..
Tidak sanggup aku melihat dia begitu..
Walaupon hanya sekadar binatang..
Tapi bagi aku, dia tetap makhluk allah yang bernyawa..

Aku berdoa, semoga selepas ini aku kuat menghadapi segala dugaan nya.. Amin..

I Miss You Papa Hamster..
















Friday, February 3, 2012

Celebrate Birthday BFF Anis at Sweetree Restaurant

Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang indah..

Hari ni pagi pagi aku da bangun semata mata nak pergi check balance ASB dekat Pos Office..
Excited Kemain lagi.. Ko ader?

Okay, berbalik kepada tajuk utama diatas.. *skema*
26 January lepas adalah birthday one of my bestfriend forever(BFF) katanya..
So kami decide celebrate dekat SWEETREE RESTAURANT dekat area ampang..
Memang awesome giler tempat ni..
Korang wajib pergi okay!!



Cantikkan.. Credit to Facebook Sweetree

With Birthday Girl.. Happy Birthday Anis.. Dah 24 tahun dah kami.. Owhh, tuanya rasa..

Kami Berenam adalah BFF.. Dari Kiri Ayu, Eliz, Ogy, Anis, Aini dan Aku.. 

























Susah nak kumpulkan kami berenam.. Yelaa ada yang belajar ada yang dah kerja..
Bila dah dapat berkumpul macam ni memang susah laa nak lepaskan.. Rindu.. :)

Yang tengah Aini tuh baru je bertudung.. Alhamdulillah.. Kalau dulu aku sorang je bertudung.. Proud with her..




























































Artis pon selalu shooting tempat ni.. kelass kau mariaaaa!!


























Here’s the address:
Sweetree Restaurant, Ampang
No.13,L-1-2,
Jalan Ampang Putra,
Kuala Lumpur

Operating Hour:
Monday – Saturday: 10:ooam – 1:ooam
Sunday: Close

Wednesday, February 1, 2012

Review: Journey 2 The Mysterious Island

Assalamualaikum..

Harini aku tak "Wordless Wednesday" cause aku banyak benda nak cerita ni.. hahha..
Hari isnin lepas bersama my besfren kesayangan hamba pergi menonton "Journey 2 The Mysterious Island".. 3D lagi nok.. Baru rasa macam betul betul ada dalam pengembaraan tu..
Filem ni dibintangi oleh The Rock @ Dwayne Johnson sebagai Hank, Venessa Hudgens sebagai Kailani, dan Josh Hutcherson sebagai Sean.



Filem ni mengisah kan tentang impian seorang anak muda Sean yang nekad ingin mencari pulau misteri dan mencari datuknya. Selepas penemuan kod kod rahsia dan peta pulau misteri, ayah tiri Sean iaitu Hank merancang untuk menemani anak tirinya mencari pulau misteri. Ekoran pulau misteri yang dikatakan merbahaya, tiada seorang pon pemandu bot yang sanggup menhantar hank dan Sean mencari pulau misteri sehinggalah ayah Kailani menawarkan diri menghantar mereka mengunakan helikopter dengan harga yang tinggi. Di pulau misteri semua haiwan besar menjadi kecil manakala haiwan kecil menjadi besar.


Nak tau lebih lebih pergi la tengok sendiri ye..
Amacam, skema tak aku karang ayat review cerita tu.. dasat kan kan..
Paling aku geri bila korang tengok dekat gambar poster atas tu.. dorang berlari ats telur biawak..
disangkakan batu, ruper ruper nyer telur..
Hah.. Gasak laaa..






Tuesday, January 31, 2012

Bila Hamster Berdengkur

Assalamualaikum..

Harini aku isi waktu senggang aku dengan menghupdet video-video chomel bila hamster berdengkur..

Bila Hamster tidur berdengkur, kamain chomel je rasa kan.. rasa nak cubit cubit je..
Bila Manusia tidur berdengkur, rasa macam nak pijak pijak je kan..


Yang ini rasanya bukan hamster.. tapi chomel jugak walaupun berdengkur bunyik macam bapak orang..

Hahhh.. gasak kau.. tidur nyenyak betul binatang tuh..
Btw, papa hamser aku tak berdengkur okay..
Dia tidur sangat sopan macam tuan dia... lalala

Papa Hamsterku~~ Nak baca pasal hamster aku click SINI..