looking for??

Tuesday, February 28, 2012

Segmen: Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah



Assalamualaikum..
Hari ni ternampak laa satu belog yang buat segmen yang sangat best..
Jadi, aku cepat2 menaip segmen ni tanpa pandang kiri dan kanan.. aicehhh.. Kalau rasa nak join juga, click banner yang ala2 "Geng Bus Sekolah" tu..

Masa zaman sekolah rendah dulu, aku sangat laa nakal plus gedik melampau2..
Bila diingat balik rasa macam nak sorok je muka dalam peti ais..
Memang ada yang indah dan ada yang pahit..

Yang indahnya, masa zaman persekolahan dulu..
Aku aktif menyanyi dan menari di sekolah..
Bermula apabila aku menang pertandingan karaoke berduet bersama rakan kelas Ziana..
Lagu Memori Berkasih yang membuatkan aku menjadi artis dalam sekelip mata..
Sejak itu, aku selalu menyanyi di hari guru sekolah.. hehehe..
Lagu itu juga laa, lagu terakhir yang aku nyanyikan bersama sahabat baik iaitu Arwah Fikri Haziq..

Bila mengenang kembali detik itu..
Rutun sedih hati aku..
Dia pergi tanpa sebab..
Dia pergi tanpa kata..
Dan dia pergi tanpa pesan..
Seminggu sebelum arwah pergi..
Kami sama sama ke Petrosains untuk lawatan sambil belajar..
Dia sihat malah gembira..

Malam itu aku menerima panggilan dari ziana..
Dia menyapaikan berita yang membuatkan aku terdiam dan terkedu..

Ziana: Fikri Haziq dah meninggal petang tadi.

Aku: Ahhh.. Tipu laa kau.. Main main pulak.. aku baru je kol dier 2 hari lepas.. sehat je..

Ziana: Buat apa aku nak tipu.. Abang aku tolong uruskan jenazah tu..

Aku letak telefon dengan penuh rasa tanda tanya.
Selang beberapa minit, aku telefon rumah Fikri Haziq untuk kepastian.
Ternyata segala teka teki yang bermain di benak fikiranku terungkai jua..
Dia pergi disebabkan demam panas..
Dan yang lebih meruntun hati aku, abang arwah cakap, gambar aku ada dalam dompet arwah..

Sehingga kini aku sentiasa berdoa agar arwah tenang disana..
Walaupun dia telah tiada, tetapi nilai persahabatan tidak pernah hilang..
Hanya doa yang mengiringi persahabatan kami.. :(







8 comments:

shamyheart said...

lor, kesiannya..

terima kasih sudi join segment saya. =)

Nanti saya akan listkan semua peserta, insya-ALLAH =)

orggilacinta said...

si gedix ajak awak masuk contest...http://nurhezlinda.blogspot.com/2012/03/contest-saja-saja-buang-masa.html

(^^)joinyee..

Unknown said...

mesti ingat sampai bila2 kan...

hamzah ian said...

aku juga pernah hilang seorang shabat..


seyes sedih

Unknown said...

same with me...bulan lepas sahabat baik saya dari sekolah baru meninggal dunia..memang rasa sedih sangat

Dyla Zaman said...

Boni JLL3: memang sedih kan klu kehilangan seorg sahabt.. lagi2 kalau rapat sgt.. :(

Anonymous said...

kenangan akn tetap kenangan...sdih pulak bce kisah nie...huhuu....

Outbound di malang said...

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!