looking for??

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H Buat Saudara Islamku

Assalamualaikum buat blogger-blogger islam sedunia..

Alhamdulillah..
Syukur kehadrat Allah SWT kerana memanjangkan usiaku dan memberiku peluang menghayati Maal Hijrah 1433H buat kali ni..

Kepentingan Maal Hijrah


1) Kebanyakan orang menganggap apabila masuk 1/1/2012, barulah tahun baru bermula..
tetapi bagi umat islam, Maal Hijrah adalah tahun baru yang sebenarnya.

2) Hari memperingati penghijrahan Nabi Muhammmad SAW dari Kota Mekah ke Madinah.

3) Hari dimana umat islam berusaha dan berdoa melakukan perubahan pada diri dan masyarakat.

Keistimewaan Maal Hijrah

1) Bacalah doa akhir tahun (selepas waktu asar hari terakhir Zulhijjah), nescaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa-dosa yang lepas.

2) Bacalah doa awal tahun (apabila masuk waktu maghrib hari terakhir Zulhijjah), nescaya Allah SWT akan mengutuskan 2 malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat)

P/S: Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun buat sesiapa sahaja umat islam yang pernah tersinggung, terasa hati dengan setiap patah dan baris ayat yang pernah aku lakarkan disini..
Sama2 kita berubah menjadi yang lebih baik..


"Ya Allah Ya Tuhanku..
  Ampunilah Dosa-dosa silamku
  Berikan lah keampunan kepadaku
  Sesungguhnya aku ingin berubah menjadi umat islam yang diberkatimu
  Di dunia dan di akhirat kelak..
  Amin"