Sempena hari jumaat yang mulia ni, aku rasa baik kita bertukar-tukar pandangan mengenai Islam..
Yang salah diperbetulkan, yang baik ditingkatkan..
Walaupon aku bukan laa Ustaz @ Ustazah yang banyak ilmu agama..
Tapi sebagai umat Islam, apa salahnya kita sama-sama berkongsi ilmu..
MENCURI DALAM SOLAT??
Tengok sendiri Video kat atas ni..
Apa makna solat macam ni..
1) Seburuk-buruk solat manusia ialah mereka yang mencuri dalam solat
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Pencuri yang paling jahat ialah yang mencuri di dalam solat & tidak menyempurnakan ruku'nya dan sujudnya." (Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Al-Tabarani dan Al-Hakim.)
Suatu ketika Rasulullah S.A.W melihat seorang yang tidak sempurna ruku' dan sujudnya. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Kalau dia mati dalam keadaan begini, matinya tidak di dalam agama Muhammad. Dia solat mematuk matuk seperti burung gagak mematuk darah. Perumpamaan orang yang tidak sempurna ruku dan sujudnya mematuk-matuk adalah seperti orang lapar yang makan satu atau 2 butir tamar yang tidak akan mengenyangkan" (Riwayat dari Abu Ya’la, Al-Ajiri, Al-Baihaqi, Al-Tabarani, Al-Diya’ dan Ibnu Asakir)
Kita tengok apa pandangan Ustaz Azhar Idrus
RENUNG RENUNGKAN (Jangan renung je tapi tak buat) & SELAMAT BERAMAL
2 comments:
waktu subuh kdg2 sy tercuru solat..berdosa nya sy
Ainol: Semua orang termasuk Dyla sendiri mest ada tercuri dalam solat.. Tulaaa kan..
Post a Comment