looking for??

Sunday, August 7, 2011

Masak Tom Yam untuk berbuka~~

Semalam saya masak tomyam untuk berbuka (tepuk tangan laju laju)..

Mari saya ajar resipi tom yam pemalas saya.. 

Bahan-bahan: 

1) Isi ayam, daging @ seafood
 (ikut shuka nak guna mana mana bahan, tapi semalam saya guna isi ayam dan daging)

2) Lobak Merah dan Daun Saderi 
(wajib ada daun saderi ni baru sedap. Boleh juga pilih kobis bunga dan lain lain jenis sayuran) 

3) Sebijik Bawang Merah & 1 ulas Bawang puteh 
(macam crite bawang merah bawang puteh lak)

4) 1 batang Serai aka lemongrass

5) 3 biji Cili padi 
(Nak pedas letak laa banyak banyak sebab aku tak makan pedas sangat.. heh)

6) Daun Limau Purut ( 3 @ 4 helai)
( tak ada daun ni tak jadi laa tomyam)

7) 2 Kiub Tom Yam (aku prefer guna Pati Tom Yam Knorr)

















Mari Masak Masak:

1) Tumbuk sepuas hati bawang merah dan puteh bersama sama 3 biji cili padi..
 tumbuk sikit belakang serai dan tumis semua bahan ni..

































2) Then masuk kan air dan rebus sekali daging..  biar ada air rebusan daging sikit baru sedap
( Kalau takut daging liat, rebus dulu awal2)

















3) Masukkan 2 stok kiub tomyam Knorr.. ( If nak buat tomyam seafood teros masuk kiub lepas masukkan air) bersama sama daun limau purut.

4) Masukkan ayam lambat sikit laa kan.. biar daging empuk dulu..

5) Masukkan laaa lobak and daun saderi

6) Lastly, masukkan laa perasa cam garam, gula n cukup rasa.
( Nak lagi besh hiris lagi bawang merah then masukkan dalam tomyam tu)


Tadaaaaaaaaaaaa....





3 comments:

perondajaketbiru74 said...

sedapnyer hehe

inspired by syaidatie nurdilla said...

nampak simple jekk nih.. tp sedap.. cehh.. puji diri sendiri nih.. lalallala

fa-in said...

wah, boleh dibuat menantu ni.
tomyam adalah mknn kegemaran bdk2 kampus, sy masih hairan di situ..hehe